BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 9, 2010

Pengumuman penting...!!! Sila baca...

Assalamualaikum wtb,
Kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan saya, tempahan pada minggu ini ditutup sehingga hari Isnin(14/6/2010) kerana tempahan agak penuh. Untuk makluman semua, oleh kerana kandungan saya sudah masuk bulan ke-8, saya hanya mengambil tempahan setakat mana yang saya mampu sahaja. Ini adalah untuk menjamin keenakan dan kesempurnaan kek anda terjamin apabila sampai di tempat anda. Sekiranya saya mengambil tempahan dengan terlalu banyak akan mengganggu kesempurnaan kek anda sekaligus akan hilang kepercayaan anda kepada saya.

Dan sekali lagi untuk makluman anda, tempahan awal mestilah dibuat 3 hari sebelum penghantaran. Ini adalah kerana saya harus menyediakan bahan-bahan kek untuk proses membuatnya. Sebagaimana yang kita ketahui, GULA adalah barang kawalan. Agak sukar untuk saya mencari bahan tersebut di sekitar perumahan saya termasuklah di GIANT, TESCO dll... Oleh itu, anda haruslah merancang tempahan anda...

Oleh kerana saya membuat bisnes ini hanya dirumah dan masih bekerja pada waktu siang hari, saya mengharapkan anda memahami masa saya. Saya hanya membuat kek anda pada malam hari untuk dihantar pada esoknya dan hujung minggu adalah waktu terbaik untuk saya menumpukan perhatian kepada bisnes ini. Waktu penghantaran juga bergantung kepada masa suami saya kerana beliau juga masih bekerja...

Kepada sesiapa yang telah menempah, jika ada masalah boleh hubungi saya terus dan saya akan jadikan komen anda itu suatu komen yang membina demi untuk memperbaikinya pada masa akan datang. Kepada yang ingin menempah pula, anda di alu-alukan untuk menempahnya pada minggu depan sehingga penghujung bulan JUNE ini sahaja. Kemudian, saya akan 'TUTUP' kedai ini sementara waktu kerana saya akan berpantang selama 2 bulan. Ini bermakna tempahan untuk raya tidak dapat di penuhi. Harap maklum...Sekian, terima kasih...

0 comments: