BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 1, 2010

Announcement...!!!

Salam semua,
Mulai 1 July 2010, saya tidak dapat mengambil tempahan kek kerana disarankan doktor untuk berehat sementara tunggu bersalin. Segala tempahan sebelum ini akan saya laksanakan mengikut tarikh yang dikehendaki. Oleh kerana saya tidak ada pembantu, maka saya terpaksa 'merehatkan' sebentar bisnes ini sebelum memulakannya semula selepas habis pantang nanti. Tempahan untuk raya juga kemungkinan tidak dapat di ambil kerana saya masih dalam pantang. Walaubagaimanapun, semasa musim perayaan berlangsung saya sudah boleh kembali mengambil tempahan anda. Tunggu saje maklumat selanjutnya dari saya...!

' Oven & Mixer ' tutup sementara!!!

Tuesday, June 22, 2010

Tempahan Kak Diana (Kuchai Lama)

( 21/6/2010 - Isnin)
Tempahan ini pula diminta oleh pemilik kedai makan di Kuchai Lama iaitu Ikan Bakar Berempah & Selera Kampung. Boleh dikatakan hari-hari saya dan suami makan di situ. Kira kami dah kenal rapatlah. Jadi Kak Diana minta saya buatkan Kek Kukus Gula Hangus untuknya. Malam Ahad tu apalagi, balik je dari Sentul terus pukul adunan. Kek ni actually makan masa sikit nak masaknya. Kalau ikut resepi asal mak saya, kek ni mesti dikukus selama 3 jam. Tapi bagi saya, cukuplah 2 jam 15-30 minit sahaja kerana jika terlalu lama kek akan menjadi kering. So, untuk Kak Diana & family semoga makan kek ini dengan enjoy!!! Penghantaran saya buat semasa saya makan tengahari di sana. Jika berminat nak rasa masakan kampung & ikan bakar berempah mereka, layari website www.ikanbakarberempah.com

Monday, June 21, 2010

Tempahan Kak Razmah ( Tmn Dato Senu )


Kek kat atas ni ialah Kek Pisang. Tapi Kak Razmah sudi menempahnya dengan saya. Katanya teringin benar nak makan kek pisang. Jadi, petang semalam saya buatkan sebiji untuknya dan siap hantar sampai depan rumah. Beliau pula belanja saya dan suami makan Koayteow Goreng yang sangat sedap kat Sentul tu. Thank you, kak!!!

Tempahan Kak Masria ( Jalan Kuching )


( 19/6/2010 - Sabtu)
Tempahan di atas adalah repeat order dari Kak Masria di Jalan Kuching. Dia mahukan pertukaran 'last minute' iaitu dari Kek Marble Coklat ke Marble Cheese Cake. Nasib baik bahan ada cuma tak berapa lengkap. So, sepatutnya perisa lemon digantikan perisa mango. Tapi memang sedaplah kek tu. Sebab cheese tu memberi satu kelainan pada kek tersebut dan baunya cukup mengharumkan seisi rumah.

Wednesday, June 16, 2010

~AKAN DATANG DI 100% HOME MADE CAKES~

~MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE~
Berat : < >1.4kg
Ukuran : 8" x 8"
Harga : RM35.00/biji
Cheese : Philadelphia Cream Cheese + Lemon Juicy
Tempahan awal diperlukan: 3 hari sebelum majlis/makan

Salam 1 Malaysia,
Ini adalah bakal projek saya yang akan datang. Ilustrasi di atas adalah ihsan dari gambar kak lieza di blognya. Gambar sendiri tak sempat nak snap pasal bateri camera 'kong'. Tapi rasanya sedap sekali. So, kepada sesapa yang ingin mencubanya apa kata anda boleh menempahnya dengan saya... Saya akan cuba beri yang terbaik kepada anda. Krim keju yang berperisa lemon pasti tidak akan memuakkan anda. Selamat meng'order'...!!!

Tempahan Kak Liza (PJ Tower,Amcorp Mall)

(16/6/2010 - Rabu)
Sekali lagi tempahan ini dari mak2 budak yang kerja di Amcorp Mall, PJ...Alhamdulillah, mereka sanggup buat repeat order dari saya lagi. Kali ni, 3 biji kek saya sediakan iaitu Kek Marble Coklat (2pcs) & Kek Marble Pelangi (1pcs). Kebetulan semalam saya agak keletihan dan ambil cuti separuh hari, petang tu saya tidur puas2 dulu. Lepas bangun tu, rasa segar sikit dan terus je baking kek. Harap2 dapatlah siapkan 3 biji sekaligus malam tadi. Alhamdulillah, berjaya juga siapkan tanpa rasa penat. Delivery pagi ini ke Amcorp Mall oleh suami saya yang juga kerja di Petaling Jaya. Terima kasih atas tempahan anda..!!!

Tempahan Kak Masria (Jalan Kuching)

(12/6/2010 - Sabtu)
Lupa plak nak letak entry ni..Ni pula order dari Kak Masria(group Facebook Home Made) di Jalan Kuching, KL. Nasib jugak sama jalan dengan Kak Mastura, so sekali jalan je nak hantar. Dia order Kek Marble Pelangi (1pcs). Agak lambat juga dia terima sebab suami singgah kat umah Kak Mastura dulu, siap jemput minum air....Janji dengan akak nak hantar around 12pm. Maaf Kak Masria, hujan plak time tu! Lebih kurang pukul 1.45pm baru kek bertukar tangan. This week, Kak Masria ada order lagi. Katanya nak Marble Coklat (1pcs) & Marble Pelangi (1pcs). Delivery hari Sabtu ni jugak...!!!

Monday, June 14, 2010

Tempahan Kak Mastura (repeat order)

(12/6/2010 - Sabtu)
Repeat order dari Kak Mastura di Jln Kuching. Kek yang sama iaitu Kek Marble Pelangi. Kali ini permintaan beliau adalah untuk lebih garing sedikit dari hari tu. So, untuk kak Mas, saya buatkan lebih garing khas untuk kak Mas. And dia berpuas hatilah... Fresh hot from oven plak tu! Memang tak sempat sejukkan dah suruh suami pergi hantar.

Friday, June 11, 2010

Tempahan Murni (Kuantan)


(11/6/2010 - Jumaat)
Tempahan ini special sikit. Jauh datangnya dari Kuantan sana..Pelanggan ni duduk di Kuantan. Dia call saya selepas nampak kek saya dalam facebook saya. Dia tanya saya adakah saya buat penghantaran ke Kuantan? Mak aiii..jauhnya Cik Murni...tapi nasib baik dia ada abg kat KL. So, tengahari ni suami saya akan buat penghantaran ke Bangunan Mas, Jalan Sultan Ismail untuk dibawa balik Kuantan Sabtu ini. Nasib baiklah dia tak minta hantar/pos ke Kuantan. Adoii..berasap punggung dik!!! Saya harap Murni sekeluarga enjoy makan kek marble ini. Kalau sedap, bolehlah order lagi ye...!!! Ahaks...

Tempahan Encik Azli (MTSB)

(11/6/2010 - Jumaat)
Kek Marble Coklat seterusnya adalah ditempah oleh rakan sepejabat suami saya, Encik Azli.. Katanya nak bawa balik ke Melaka hari ini untuk isteri dan anak2nya di sana. Kek ini saya buat pagi tadi sebelum pergi kerja. Penat badan dah sebenarnya tapi demi tempahan, saya lakukan juga. Harap2 Encik Azli dan keluarganya enjoy dengan kek marble ini. Saya buat garing sikit supaya tahan lama. Terima kasih atas tempahan anda...!

Thursday, June 10, 2010

Tempahan ke JB & Singapore

(10/6/2010 - Khamis)
Tempahan ini diminta oleh adik sendiri. 2 biji Kek Marble Pelangi & 1 biji Kek Marble Coklat untuk dibawa ke JB dan Singapore. Malam tadi(9/6/2010) cuba juga siapkan 2 biji kek marble walaupun kelihatan agak penat. Dan disambung pula ke pagi ini seawal 7.00pagi untuk sebiji kek lagi. Oleh kerana dah penat, gambar pun tak sempat nak snap. Huhuhuhu...!!!

Wednesday, June 9, 2010

Pengumuman penting...!!! Sila baca...

Assalamualaikum wtb,
Kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan saya, tempahan pada minggu ini ditutup sehingga hari Isnin(14/6/2010) kerana tempahan agak penuh. Untuk makluman semua, oleh kerana kandungan saya sudah masuk bulan ke-8, saya hanya mengambil tempahan setakat mana yang saya mampu sahaja. Ini adalah untuk menjamin keenakan dan kesempurnaan kek anda terjamin apabila sampai di tempat anda. Sekiranya saya mengambil tempahan dengan terlalu banyak akan mengganggu kesempurnaan kek anda sekaligus akan hilang kepercayaan anda kepada saya.

Dan sekali lagi untuk makluman anda, tempahan awal mestilah dibuat 3 hari sebelum penghantaran. Ini adalah kerana saya harus menyediakan bahan-bahan kek untuk proses membuatnya. Sebagaimana yang kita ketahui, GULA adalah barang kawalan. Agak sukar untuk saya mencari bahan tersebut di sekitar perumahan saya termasuklah di GIANT, TESCO dll... Oleh itu, anda haruslah merancang tempahan anda...

Oleh kerana saya membuat bisnes ini hanya dirumah dan masih bekerja pada waktu siang hari, saya mengharapkan anda memahami masa saya. Saya hanya membuat kek anda pada malam hari untuk dihantar pada esoknya dan hujung minggu adalah waktu terbaik untuk saya menumpukan perhatian kepada bisnes ini. Waktu penghantaran juga bergantung kepada masa suami saya kerana beliau juga masih bekerja...

Kepada sesiapa yang telah menempah, jika ada masalah boleh hubungi saya terus dan saya akan jadikan komen anda itu suatu komen yang membina demi untuk memperbaikinya pada masa akan datang. Kepada yang ingin menempah pula, anda di alu-alukan untuk menempahnya pada minggu depan sehingga penghujung bulan JUNE ini sahaja. Kemudian, saya akan 'TUTUP' kedai ini sementara waktu kerana saya akan berpantang selama 2 bulan. Ini bermakna tempahan untuk raya tidak dapat di penuhi. Harap maklum...Sekian, terima kasih...

Tempahan lagi...!!!

(9/6/2010 - Rabu)
Untuk tempahan seterusnya adalah dari member Facebook iaitu Abang Ben Jai & Kak Jamiah(repeat order). Bos adik pun ada order jugak iaitu Che Mat. Mereka telah order Kek Marble Pelangi(1biji|) & Kek Marble Coklat(3biji). So, malam tadi bertungkus lumuslah membaking 3 biji sekaligus. Pagi tadi dapat baking 1 biji (Kek Marble Coklat) lagi. Maka, lengkaplah 4 biji untuk hari ini punya delivery. Memang keletihan sikit kerana perut sudah semakin membesar. Tapi demi mencari rezeki, ku harungi jua...!!! Alhamdullillah...
Terima kasih kepada Che Mat, Abg Ben Jai & Kak Jamiah atas tempahan anda...!!!!

Tuesday, June 8, 2010

Sampling Kek Marble Pelangi

Ini pula adalah sample kek marble yang dibuat pada malam tadi. Ramai yang bertanyakan sample kek. So, saya pun buatlah sebiji dan dipotong kecil-kecil untuk diberikan kepada orang-orang berkenaan. Malangnya pada malam tadi saya cukup keletihan sekali. Dan kerja potong memotong ini telah dilakukan oleh suami dan adik saya. Diharap kepada yang dah merasa, bolehlah order 1 biji dengan saya. Untuk makluman semua, order akan dapat diterima sehingga bulan June sahaja kerana saya bakal cuti bersalin dan berpantang sehingga musim raya. So segala tempahan bolehlah dilakukan pada bulan ini sahaja....Harap maklum!


Monday, June 7, 2010

Tempahan Kak Jamiah (PJ Tower, Amcorp Mall)


(7/6/2010-Isnin)
Tempahan seterusnya pada hari ini adalah dari Kak Jamiah(PJ Tower, Amcorp Mall). Actually dia ni officemate Kak Razmah aka pembeli setia. Dia nampak kek saya melalui facebook saya yang saya tagkan. Dia pun nak mencuba rasa kek saya ini. So, atas permintaan dia saya buatkan Kek Marble Coklat untuk akak ni. Pagi-pagi saya bangun untuk beri pada Kak Jam kek yang masih panas. Kelam kabut gak dengan nak bersiap pergi kerja lagi...hehehehe..demi customer, saya sanggup...! Cewahhh...Apalagi Kak Jam, selamat menjamu selera dengan kek panas tu ye..! Thanks for order, next time boleh order lagi...!!! Huhuhuhu...

p/s: Apsal plak gambar kek ni senget??

Tempahan Mak Lang Nur ( Kelana Jaya)

(6/6/2010-Ahad)
Tempahan seterusnya adalah dari kakak saya sendiri a.k.a Mak Lang Nur. Dia order sebab nak bagi kawan-kawan office dia rasa dan tolong saya kembangkan bisnes ni ngan kawan2 dia pula. So, dia pun tempahlah Kek Marble Pelangi. Penghantaran tak dibuat kerana dia datang ke rumah untuk ambil sendiri. Terima kasih sebab order. Kalau ada order dari kawan2, inform awal2 ye..!!!

Tempahan Syikin (Taman Kosas, Ampang)

(5 June 2010 - Sabtu)
Tempahan ni pula dibuat oleh kawan saya Syikin semasa sekolah di JB dulu. Memang dah lama betul tak jumpa dia lepas tamat sekolah tingkatan 6 dulu. Syikin nampak lain benar. Hehehehehe...tapi tetap cantik macam dulu...!!! Phewittt...!!! Dia ni order sebab nampak gambar kek dalam facebook saya. So, dia kata nak orderlah satu hari tu. Saya pun buatlah Kek Marble Pelangi yang masih fresh untuk Syikin. Penghantaran pula saya join sekali sebab nak jumpa kawan lama punya pasal walaupun tengah sarat mengandung (almost 8 month). Belum sampai rumah, Syikin dah SMS bagitahu kek tu 'marvellos'...Hahahaha...Terima kasihlah Syikin, harap2 lepas ni bolehlah order lagi..Dan terima kasih juga atas pemberian baju baby tu. Terkejut sebab jumpa Syikin nak hantar kek, alih-alih dapat pemberian pula dari dia. Sama gakle, gambar takde. Bateri 'kong'...tension betul!!!

Tempahan Kak Mastura (Jalan Kuching, KL)

(5/6/2010-Sabtu)
Tempahan dari Kak Mastura yang tinggal di Jalan Kuching, KL. Beliau telah menempah Kek Marble Pelangi. So, pagi2 lagi saya bangun untuk buatkan kek yang fresh from oven untuk diserahkan kepada beliau dalam keadaan masih panas. Penghantaran masih diteruskan oleh suami saya sendiri pada pukul 11.45am. Terima kasih kak Mastura atas tempahan & terima kasih juga atas 'komen' yang membina itu. Pastinya saya akan lebih berhati2...Chaiyokkk!!! Malangnya gambar tak sempat nak snap pasal bateri camera dah 'kong'...Harap2 Kak Mas sekeluarga enjoy!!!

Friday, June 4, 2010

Tempahan Kak Asmaliza(Tropicana Selatan)


(4/6/2010-Jumaat)
Tempahan di atas adalah permintaan dari kawan saya yang bernama Asmaliza Binti Pazil. Dikhabarkan kek ini akan dibawa ke Kedah untuk hantaran perkahwinan. Jauhnya perjalanan kek ini ye...!! Apa2 pun, terima kasih sebab order ye, kak!!

Tempahan Kak Zaiton (Puchong)



(4/6/2010-Jumaat)
Alhamdullilah...tempahan semakin memberansangkan sejak akhir-akhir ini. Walaupun aku hanya mampu terima tempahan kecil tapi cukup berbaloi. Itu sudah mendatangkan kepuasan pada aku yang sememangnya minat dengan bidang ini. Tempahan di atas adalah permintaan Kak Zaiton dari Puchong. Penghantaran adalah di Tesco Puchong akan dibuat oleh suami saya pada tengahari ni(4/6/2010). Apa-apa pun kak, terima kasih ye sebab order ngan saya!

Wednesday, June 2, 2010

Tempahan Kak Ida (Seksyen 20, Shah Alam)

Ni pula tempahan customer yang bernama Kak Ida. Dia order melalui iklan yang saya publishkan di mudah.my. So, dia minta saya buatkan Kek Marble Coklat. Penghantaran sepatutnya di komuter Shah Alam. Tetapi memandangkan saya yang agak sarat ni, saya gagahkan juga memandu ke arah TESCO SHAH ALAM...dan di ambil oleh anak lelakinya. Terima kasih Kak Ida!

Tempahan Facebook Linda Ben (Mentari Court)

Awal-awal pagi je terima inbox dalam facebook mengatakan kawan along nak tukar tarikh order. Nasib baik dia boleh terima delivery malam. Lagipun rumah dia tak jauh sangat, just kat Mentari Court je...Apalagi, balik rumah, mandi terus je baking kek marble pelangi pilihan KAK LINDA BEN...Bila dah cukup masak, dalam 15 minit terus masukkan dalam bekas kek dan terus delivered ke rumah dia...Panas-panas gitu dah gi hantar...!!! Apa-apa pun, terima kasih ye!

Tuesday, June 1, 2010

Tempahan Along Mona (Kelana Jaya)


Ni pula tempahan dari kakak saya sendiri, Along... Kek ni dia nak bawa pergi majlis kenduri kahwin anak buah suami dia kat Seremban. Actually dia order 3 biji tapi pagi tu saya hanya sempat buat dalam 2 biji sahaja. Kek yang ditempah adalah Kek Marble Coklat & Kek Marble Pelangi. Difahamkan dari abang ipar saya, kek marble coklat telah 'dicuri' oleh Kak Longnya untuk dibuat hantaran last minit. Alahai...malunya!!! Kek yang simple macam tu pun, boleh plak jadi hantaran ye...???
Anyway, terima kasih banyak-banyak!!!

Tempahan Kak Razmah (Sentul)


Tempahan ini pula dari Wan Razmah a.k.a Kak Mah dari Bandar Baru Sentul. Kek yang dia order Kek Marble Coklat & Kek Kukus Gula Hangus. Lepeh tu dia suh saya divide by two... Dia ni jangan cakaplah...Memang dah jadi rasmi pelanggan tetap saya. Kek ni dia tempah untuk di bawa balik ke Perak pada hujung minggu lepas(Wesak Day). Ater, dia ni memang suke bebenor makan kek...Dari kek marble yang gunung berapi kawah sampailah yang ini, semuanya dia pulun...Hehehehehe...Anyway kak, terima kasihlah sebab order. Lepeh ni belanja makanlah plak ye...!!!

Monday, May 31, 2010

Terima Kasih!


Terima kasih kepada Kak Ina(Jalan San Peng, Loke Yew) kerana telah menempah kek Marble Pelangi dari saya. Kek ni telah dihantar oleh hubby sendiri. Maaflah kak, saya tak dapat ikut hantar sebab tengah sarat mengandung anak sulung. Apa-apa pun tempahan ini di ambil seminggu sebelum penghantaran(31/5/2010).
Malam tadi sibuk membaking dua sekali gus...



Cara Pembayaran

Untuk pembayaran tempahan, saya lebih memilih cara Cash On Delivery(COD), anda terima, anda bayar! Cara ini lebih kepada mempercayai kepada pelanggan dan pelanggan juga mempercayai saya. Walaubagaimanapun, pembayaran COD bergantung kepada tempahan maksimum. Sekiranya tempahan anda melebihi 5 biji, deposit 50% diperlukan bagi mengelakkan kesulitan di masa akan datang.

-Tempahan melebihi 5 biji, deposit 50% diperlukan. Hanya bank-in kepada saya
menggunakan akaun Maybank Nur Shuhadah binti Jailani
(no acc:1-5120-393-1104)
.
-Setelah anda melakukan transaksi, sila maklumkan kepada saya melalui
email
/sms/call.
-Baki bayaran 50% boleh di bayar semasa penghantaran ke rumah/ambil sendiri.








Thursday, May 27, 2010

Terma Tempahan

Sepertimana yang kami bicarakan di permulaan blog, kami cuba menerima tempahan pelanggan mengikut kemampuan kami. Oleh kerana kami baru menapak dalam bisnes ini, kami akan mengekalkan kesegaran dan kualiti kek kami supaya apabila sampai kepada anda kelihatan 'fresh' keluar dari 'dapur kecil kami'....Harap maklum!

Pelanggan kami mestilah:
*Tempahan awal diperlukan bagi mengelak 'fully booked'.
*Selewat-lewatnya 3 hari sebelum penghantaran(minimum order)
*Selewat-lewatnya 5 hari sebelum penghantaran(maksimum order)
*Minimum order untuk Kek Marble : 2 biji
*Minimum order untuk Kek Kukus Gula Hangus: 1 biji
*Maksimum order untuk Kek Marble : 5 biji
*Maksimum order untuk Kek Kukus Gula Hangus: 2 biji

Cara tempahan:

1) Sila telefon/email/sms saya:

  • NAMA PENUH
  • ALAMAT RUMAH/PEJABAT
  • NO TELEFON
  • JENIS KEK & BERAPA BIJI
  • TARIKH PENGHANTARAN
  • MASA PENGHANTARAN
2) Saya akan menghubungi anda melalui cara yang sama untuk memaklumkan tempahan anda
telah diterima oleh saya (pengesahan tempahan)

3) Sekiranya tempahan yang anda buat adalah maksimum, anda haruslah membuat
pembayaran deposit sebanyak 50% ke dalam akaun Maybank (acc: 1-5120-393-1104) saya.

4) Untuk tempahan minima, hanya COD sahaja diperlukan.

KEK KUKUS GULA HANGUS


Jenis Kek: Kek Kukus Gula Hangus (Moist)
Berat: 1.8kg
Ukuran: 8" x 8"
Bahan: Kismis hitam & serbuk buah pala
Harga: RM45.00/sebiji


*Caj penghantaran RM5:
Kawasan PJ (Amcorp Mall & Kelana Jaya), Jalan Klang Lama,
Kuchai Lama, Jalan Puchong, Bangsar & kawasan sekitar.

*Caj penghantaran RM10:
Shah Alam(komuter Padang Jawa), Puchong (IOI Mall & Giant Kinrara),
KL city (Sentul, Setapak,Kg Baru dll).

KEK MARBLE PELANGI

Jenis Kek: Kek Marble Pelangi
Berat: 1.2kg
Ukuran: 8" x 8"
Pewarna: Star Brand Merah Muda & Hijau
Harga: RM20/sebiji


*Caj penghantaran RM5:
Kawasan PJ (Amcorp Mall & Kelana Jaya), Jalan Klang Lama,
Kuchai Lama, Jalan Puchong, Bangsar & kawasan sekitarnya.

*Caj penghantaran RM10:
Shah Alam(komuter Padang Jawa), Puchong Perdana,
KL city (Sentul, Setapak, Kg Baru dll).




KEK MARBLE COKLAT



Jenis Kek: Kek Marble Coklat
Berat: 1.2kg
Ukuran: 8" x 8"
Coklat: Van Houten Chocolate Powder
Harga: RM20.00
/sebiji

* Caj penghantaran RM5:
Kawasan PJ ( Amcorp Mall & Kelana Jaya),Jalan Klang Lama,
Kuchai Lama, Jalan Puchong, Bangsar & kawasan sekitarnya
.

*Caj penghantaran RM10:
Shah Alam
(komuter Padang Jawa), Puchong Perdana,
KL City (Sentul, Setapak, Kg Baru dll).



Tuesday, May 25, 2010

SELAMAT DATANG KE OVEN KAMI...


Selamat datang ke blog dapur terbaru kami iaitu 100% Home Made
Marble Cakes.
Sedia menerima tempahan kek dengan kadar termampu kami. Kami hanya memfokuskan dua jenis kek iaitu KEK MARBLE (coklat & pelangi) dan
KEK KUKUS GULA HANGUS

Hanya kerana minat dan usaha, maka wujudlah bisnes ini secara sambilan
di rumah. Bermula dengan makan sendiri, di beri kepada saudara mara & kawan-kawan akhirnya sambutan terhadap kek ini menjadi besar.

Oleh kerana bisnes ini hanya sambilan di rumah
(masih bekerja di luar), saya hanya mampu mengambil tempahan anda mengikut kemampuan saya. Saya juga tidak mahu kelihatan tamak dengan mengambil order yang terlalu banyak hingga menjejaskan kualiti kek. Dan kerana itulah, anda harus membuat tempahan dengan lebih awal.

Yang paling penting, anda tempah kami buat! Kami tidak menyimpan stok lebihan kek kerana ingin menjaga kesegaran kek agar kualiti kek terjamin kepada pelanggan kami. TIADA BAHAN PENGAWET dan di jamin HALAL...Amin!!!